Khamis, 23 Ogos 2012

PEMBAYARAN YURAN MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SESI SEPTEMBER 2012/2013


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Untuk makluman pelajar PPG-PJJ UPSI sudah boleh menjelaskan yuran modul bagi sesi September 2012/2013. Yuran modul hanya dikenakan kepada pelajar yang mengikuti
program pengajian ISM Sekolah Rendah (AT34J), Sekolah Menengah – Bahasa Melayu (AT05J) dan Sekolah Menengah –Kemahiran Hidup(AT31J). Pelajar yang mengikuti
program pengajian selain daripada yang dinyatakan TIDAK DIKENAKAN YURAN MODUL.

Terdapat 2 kadar yuran modul iaitu RM50.00 dan RM40.00. Rujuk jadual di bawah untuk mengetahui jumlah yuran modul yang dikenakan kepada tuan/puan.

table with 3 columns and 9 rows
PROGRAM

AMBILAN

JUMLAH HARGA  

Sek. Rendah

(AT34J)

Mac 2011

RM 50  

Sept 2011

RM 50  

Feb 2012

RM 40 

Sek.Men

(Bahasa Melayu - AT05J)

Mac 2011

RM 50  

Sept 2011

RM 50  

Feb 2012

RM 40 

Sek.Men

(Kemahiran hidup - AT31J)

Mac 2011

RM 50  

Feb 2012

RM 50
table end

Pembayaran hanya boleh dibuat dimana – mana cawangan BANK ISLAM SAHAJA. Sila pastikan anda membayar jumlah yuran yang betul di BANK ISLAM. PERINGATAN! YURAN
MODUL YANG DIKENAKAN TIADA AMAUN SEN.

Pembayaran juga boleh di buat secara online (menggunakan aplikasi FPX dan kad kredit online) di portal pembayaran UPSI  ePayment@UPSI.
Sila Klik
untuk sambungan.

Pembayaran yang dibuat menerusi BANK ISLAM dan ePayment@UPSI akan dilaraskan keesokkan harinya di sistem UPSI.

Semakan baki yuran modul yang belum dijelaskan boleh disemak di MyUPSI portal pada submenu Financial.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Pn. Norhanani bt Arshad di sambungan 05 450 6309.

Sekian, untuk makluman.

Isnin, 30 April 2012

Mutiara kata untuk renungan bersama

Lidah tajamnya umpama pedang. Sepatah bicara pasti boleh merobek berkeping hati. Dari itu, peliharalah lidah bila berkata-kata agar esok pasti kita juga tidak akan terluka.